13 October 2013

Perbezaan Sistem Teknologi dengan Sistem Maklumat

  


   Teknologi maklumat merupakan teknologi yang diperlukan untuk memprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas dan ia berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah ialah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindahkan dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Teknologi merujuk kepada perkakasan, perisian dan sistem telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat contohnya perkakasan komputer seperti unit pemprses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dam penyimpan maklumat manakala sistem maklumat pula ialah satu kombinasi yang terdiri daripada manusia, perkakasan, perisian, rangkaian dan data yang bertanggungjawab mewujud, mengumpul, menukar dan mengagihkan maklumat dalam sesebuah organisasi dan sebagai kitaran proses dan mengumpul maklumat daripada pelbagai bentuk memproses dan menukar maklumat yang diperoleh dan dikumpul ke dalam bentuk yang diingini.

No comments:

Post a Comment